.... jangan lepaskan peluang keemasan dengan menyertai siri seminar IPO baru bersama remisierRM..

CARA-CARA MEMOHON PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA

Isnin, 29 November 2010

Rebut PELUANG keemasan sebelum PRU13 ini...

MTB dah terlepas... PCHEM baru berlalu... akan datang private placement untuk Petronas Carigali... Celcom... Felda... dan banyak lagi... jangan lepaskan peluang ini... wang KWSP anda pun boleh buat CASH jika anda tahu caranya... berbincang lah dengan mereka yang arif...

Selasa, 27 Julai 2010

Kongsi-kongsi ilmu pelaburan bersama saya....

BAHAGIAN I – MEMAHAMI PELABURAN


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PELABURAN?

Apabila hendak mengumpul wang untuk mengerjakan haji, membeli rumah atau untuk masa depan anak-anak, kebanyakan kita hanya memikirkan untuk menyimpan wang di bank. Tetapi kini, terdapat beberapa pilihan yang boleh menambah simpanan anda seperti yang sering disebut sebagai, “membuat wang anda bekerja untuk anda”. Biasanya, wang yang kita simpan di bank tidak akan tumbuh melebihi kadar inflasi tetapi ia mempunyai kelebihan besar iaitu hampir bebas daripada risiko. Sebaliknya, pelaburan yang dirancang dengan teliti boleh membawa kadar pulangan yang lebih tinggi. Bagaimana pun, risiko yang dikaitkan dengan pelaburan juga lebih tinggi.

Kalau begitu, apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan? Pelaburan adalah komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan harapan adet tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Aset yang dimaksudkan merangkumi aset dalam bentuk ketara seperti hartanah atau asset kewangan tak ketara seperti sekuriti kewangan. Kesesuaian pelaburan atas asset-aset ini adalah bergantung kepada matlamat dan objektif kewangan anda.

Anda boleh menikmati pulangan pelaburan yang lebih baik dengan membuat pelaburan yang bijak. Pelabur bijak sentiasa mencari peluang pelaburan yang akan menghasilkan pulangan lebih tinggi.

Andaikan anda berjaya menyimpan sedikit wang setiap bulan dan kini anda mempunyai jumlah terkumpul yang banyak. Apakah yang anda akan lakukan dengan wang tersebut? Bagaiman hendak memastikan wang simpanan itu menghasilkan pulangan yang lebih tinggi?

Anda tahu bahawa RM100 yang disimpan dibawah bantal tetap akan kekal RM100 walaupun masa berlalu selama sepuluh atau dua puluh tahun atau selama-lamanya. Sebaliknya, menyimpan wang dalam bank mungkin hampir tiada risiko tetapi kuasa beliannya pula sentaiasa merosot disebabkan inflasi dan cukai. Oleh itu, anda harus mencari alternatif pelaburan dan membuat perancangan pelaburan dengan bijak untuk mengembangkan nilai pelaburan anda dan seterusnya mendapat pulangan yang terbaik.


JENIS-JENIS PELABURAN.

Pasaran modal Malaysia menawarkan beberapa jenis produk pelaburan seperti saham, saham pinjaman, bon, waran dan amanah saham. Jenis produk yang dipilih oleh pelabur untuk melabur bergantung kepada pelbagai faktor seperti matlamat kewangan anda, tempoh masa, dan jumlah modal yang dimiliki.

Lazimnya, terdapat dua bentuk pelaburan. Pelaburan fizikal merangkumi hartanah, kilang, jentera dan lain-lain bentuk asset ketara. Pelaburan kewangan pula merangkumi sekuriti seperti saham, bon, waran dan lain-lain bentuk asset kewangan tak ketara. Sekuriti adalah dokumen formal yang menjadi bukti pelaburan kewangan di mana nama pemilik dan hak pembayaran balik antara kedua-dua pihak dicatatkan.

Sebahagian besar daripada pelaburan kewangan merangkumi sekuriti ekuiti dan sekuriti hutang. Sekuriti ekuiti, misalnya saham sebuah syarikat, membuktikan pemilikan seluruh atau sebahagian daripada sebuah syarikat atau aset produktifnya. Perlu diingat, tiada jaminan bahawa pemilik sekuriti ekuiti akan menerima balik jumlah modal yang dilaburkan atau pulangan tetap bagi pelaburan mereka. Ini bermakna, seorang pelabur ekuiti itu mengambil risiko kerana pulangan akan hanya diterima pada masa akan datang, bergantung kepada prestasi syarikat.

Sekuriti hutang sebaliknya mempunyai kadar faedah tetap dan tarikh matang tertentu, yakni segala-galanya telah ditetapkan kecuali nilai pasaran, yang turun naik bergantung kepada pergerakan kadar faedah dalam ekonomi. Sebagai pelabur sekuriti hutang, risiko yang ditanggung termasuklah sama ada pembayaran faedah akan diterima atau tidak dan sama ada nilai pokok pinjaman akan dibayar balik. Antara contoh sekuriti hutang adalah bon kerajaan dan swasta, stok pinjaman, bil perbendaharaan dan lain-lain.

PELABURAN KACUKAN

Berdasarkan perkembangan dan evolusi produk dalam pasaran modal kita, kini wujud beberapa pelabran kacukan yang mengabungkan ciri pelaburan hutang dan ekuiti. Anda mungkin pernah dengar mengenai saham pinjaman yakni saham yang boleh dikeluarkan dalam bentuk stok pinjaman tidak bercagar boleh tukar boleh tebus (redeemable convertible unsecured loan stock atau ICULS). Jika saham pinjaman itu adalah ICULS, pemegang terpaksa menukar saham pinjaman kepada saham apabila sampai tarikh matang mengikut nisbah penukaran dan harga penukaran yang telah ditentukan terlebih dahulu.

CULS menggabungkan kelebihan tertentu bon dengan pilihan untuk menukar bon kepada saham biasa. Pada hakikatnya, CULS mempunyai elemen “peruntukan panggilan” di mana syarikat boleh membuat panggilan pada harga yang telah ditetapkan dalam jangka masa tertentu, biasanya antara empat hingga lima tahun. CULS memiliki hak istimewa untuk ditukar kepada saham biasa berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan, yang dikenali sebagai keistimewaan penukaran.

Mengapakah CULS diterbitkan? Keistimewaan penukaran merupakan ciri tambahan yang membuatkan pembelian bon jenis ini lebih menarik. Ia boleh mengurangkan kos pinjaman syarikat (dengan membayar kadar faedah tetap yang lebih rendah) dan membolehkan syarikat mengeluarkan ekuiti tidak langsung yang lebih berfaedah berbanding menjual saham biasa. Pemegang CULS akan menerima pulangan tetap daripada bon akan diberi piluhan untuk menukar CULS kepada saham biasa bagi mendapt keuntungan sekiranya berlaku kenaikan dalam harga saham. Kelebihan ini sesuai bagi pelabur yang mahu berkongsi pertumbuhan syarikat tetapi tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi, tetapi sangup menerima pulangan yang lebih rendah bagi memiliki hak untuk menukar bon kepada saham biasa.

Saham keutamaan juga adalah satu bentuk ekuiti kacukan, yang membolehkan pemegangnya menerima dividen tetap (saham biasa tidak berhak menerima dividen tetap). Biasanya dividen tetap ini adalah berdasarkan peratusan daripada nilai nominal/nilai tara saham. Saham keutamaan yang mempunyai hak menrima tunggakan dividen yang belum lagi dibayar.dikenali sebagai saham keutamaankumulatif. Manakala saham keutamaan yang tidak berhak menerima tunggakan dividen dikenali sebagai saham keutamaan tak kumualtif.

STOK DAN SAHAM

Apabila anda membeli stok atau saham biasa, anda memiliki sebahagian daripada syarikat dan berhak mengundi dalam mesyuarat agung. Setiap saham adalah pegangan kecil hak milik sesebuah syarikat dan anda boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar lot saham bergantung kepada wang yang anda miliki. Sebagai pemegang saham, anda akan menerima faedah daripada keuntungan yang diperolehi syarikat dalam bentuk dividen yang dibayar kepada anda, dan juga daripada pertumbuhan nilai syarikat tersebut.

Mengapakah syarikat menerbitkan saham? Dengan menerbitkan saham, syarikat akan memperoleh dana untuk meneruskan operasi dan mengembangkan perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman daripada lain-lain sumber seperti pinjaman daripada bank perdagangan (pinjaman ini boleh meningkatkan risiko kewangan syarikat).

Anda perlu menyedari bahawa pembelian saham mempunyai risiko tertentu, Contohnya, apabila prestasi syarikat merosot, harga saham syarikat mungkin akan jatuh dan anda mungkin tidak akan menerima sebarang dividen. Terdapat juga fakto-faktor lain yang mungkin mempengaruhi harga saham anda, umpamanya prestasi pasaran saham secara keseluhuan dan keadaan ekonomi Negara. Ada juga kemungkinan anda kehilangan semua wang pelaburan jika syarikat menutup perniagaannya. Selain daripada itu, terdapat juga saham yang sukar dijual kerana kekurangan permintaan. Oleh itu, amat penting bagi pelabur untuk membuat pilihan yang bijak dan tepat ketika hendak membuat pelaburan.

Penasihat kewangan biasanya mengesyorkan saham sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan. Tujuan utama berurus niaga saham sudah tentulah untuk mendapatkan keuntungan dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Bagi para pelabur jangka panjang, memilih saham berdasarkan faktor-faktor asas syarikat adalah amat penting, yakni mereka harus mengetahui latar belakang syarikat yang bakal dilaburkan. Oleh itu, amat penting anda membaca dan memahami prospectus, laporan kewangan dan pengumuman korporat yang diedarkan oleh syarikat-syarikat tersenarai kepada pemegang saham dan orang awam.

Ketika membuat pilihan untuk membeli saham, anda seharusnya meneliti beberapa faktor seperti latar belakang syarikat dan pengurusannya, kekuatan kewangan syarikat, nisbah harga perolehan dan hasil dividen, prospek pertumbuhan perolehan dan kebolehan syarikat untuk bersaing. Pelabur yang bijak akan meneliti factor-faktor tersebut sebelum melaburkan wang kerana ia boleh mempengaruhi harga saham.

Dalam urus niaga saham, terdapat dua lagi jenis terbitan saham iaitu terbitan bonus dan terbitan hak. Terbitan bonus adalah terbitan baru saham biasa kepada pemegang saham yang sedia ada dan mereka tidak perlu membuat bayaran untuk mendapatkannya tetapi sebaliknya pembayaran diambil daripada rizab syarikat.

Terbitan bonus juga diberi berdasarkan nisbah tertentu dan setiap pemilik saham biasanya mempunyai hak untuk terbitan bonus berkadar terus dengan jumlah pemilikan saham dalam syarikat berkaitan. Terbitan bonus digunakan untuk memperbesarkan modal syarikat dan mungkin juga digunakan sebagai satu cara untuk memberi ganjaran kepada pemegang-pemegang saham yang sedia ada. Untuk menerima saham bonus, anda perlu memberi perhatian kepada lepas tarikh kerana hanya saham-saham yang dibeli sebelum lepas tarikh sahaja berhak menerima saham bonus.

Tempoh daripada hari pertama pengumuman hak saham bonus atau terbitan hak atau dividen, sehingga hari sebelum lepas tarikh kerap dirujuk sebagai serta tempoh. Pada amnya, serta adalah awalan yang bermaksud :bersama”. Saham yang serta dividen bermakna pembeli berhak menerima dividen yang telah ditetapkan pada masa itu. Begitu juga bagi serta hak dan serta bonus di mana pelabur akan mendapat hak bagi bonus atau terbitan hak berkaitan.

Terbitan hak memberi pemegang saham yang sedia ada hak untuk melanggan saham bias baru pada harga terbitan yang lebih rendah daripada harga pasaran biasa dan pada nisbah yang sama dengan saham mereka yang sedia ada. Syarikat akan melaksanakan terbitan hak apabila mereka mahu mendapatkan dana tambahan untuk membiayai keperluan modal mereka.

Ketika menawarkan terbitan hak, syarikat akan mengedarkan surat penguntukan sementara (provisional allotment letter atau PAL) kepada semua pemegang saham sedia ada untuk memberitahu mereka mengenai hak terhadap terbitan hak. Pemegang saham dikehendaki mematuhi semua arahan yang terdapat dalam PAL ketika melaksanakan hak mereka untuk memperoleh sham baru. Jika anda memilih untuk tidak melaksanakan hak anda, anda boleh menjual PAL di pasaran terbuka (jika disebut harga) atau menyerahkan hak tersebut kepada orang lain.

Anda tentu pernah melihat saham kategori ‘A’ disenaraikan dalam akhbar dan majalah pelaburan. Penyenaraian saha ‘A’ merujuk kepada terbitan saham yang tidak layak menerima hak seperti dividen, bonus dan terbitan hak. Saham ini kemudiannya akan bergabung dengan saham yang sedia ada selepas tarikh hak. Selepas digabungkan, ia akan menjadi saham biasa dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan saham biasa yang sedia ada.

BON

Pada amnya, bon ditrbitkan oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat korporat, dan biasanya mempunyai ciri-ciri berikut :

 Tarikh matang atau tempoh yang ditetapkan.
 Kadar bayaran faedah tetap (kadar kupon)
 Nilai nominal/nilai tara boleh tebus apabila matang.

Apabila membeli bon, seseorang pelabur sebenarnya memberi pinjaman kepada penerbit bon sama ada kerajaan atau syarikat. Sebagai pulangan, pelabur akan menerima bayaran faedah tetap dan juga nilai nominal/nilai tara apabila bon tersebut matang pada tempoh yang telah ditetapkan. Bon juga kerap dirujuk sebagai sekuriti pendapatan tetap atau sekuriti faedah tetap.

Di Malaysia, antara istilah yang digunakan untuk bon korporat termasuk debenture dan terbitan hutang persendirian.

Bon digemari di kalangan pelabur kerana dua sebab: ia memberi aliran pendapatan yang stabil dan juga peluang untuk mendapat keuntungan modal hasil daripada peningkatan nilai bon di pasaran. Bagaimanapun, risiko kadar faedah dan risiko harga tetap dikaitkan dengan pembelian bon memandangkan harga bon sentiasa turun naik mengikut pasaran. Secara amnya, apabila kadar faedah naik, harga bon akan turun dan sebaliknya.

Bagi sesetengah pelabur, saham dianggap berupaya menghasilkan pulangan yang lebih tinggi berbanding bon. Pelabur lain pula beranggapan bon mempunyai tahap risiko lebih rendah tetapi lazimnya menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan menyimpan wang di bank. Dengan lain perkataan, bon menyediakan keseimbangn yang baik bagi mereka yang terlalu berhati-hati untuk membuat pelaburan yang banyak dalam pasaran saham tetapi ingin memperoleh pulangan yang lebih banyak daripada menyimpan wang di bank.

Pasaran bon di Malaysia merangkumi bon kerajaan dan bon persendirian atau korporat. Ada mulanya, bon kerajaan diterbitkan untuk memenuhi keperluan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan untuk membiayai defisit belanjawan kerajaan. Kemudian bon diterbitkan untuk memperolehi dana ntuk membiayai perbelanjaan sektor awam. Jenis utama bon kerajaan yang diperdagangkan adalah Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB), Bil Bank Negara (BNB), Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Sijil Pelaburan Kerajaan (GIC).

Bon korporat adalah antara instrument hutang yang diterbitkan oleh syarikat untuk memperoleh modal. Bon korporat diterbitkan dengan tempoh matang yang telah di tetapkan, dan pembayaran faedah yang ditetapkan kepada pelabur. Bon ini diurus niaga di pasaran sekunder oleh institusi pelaburan seperti syarikat kewangan dan rumah diskaun. Bon kerajaan dan korporat biasanya didagangkan oleh Intitusi dan dalam jumlah yang besar.

Pelabur runcit boleh membuat pelaburan bon melalui dana bon dan dalam saham pinjaman seperti saham pinjaman boleh tukar atau tidak boleh tukar dan saham pinjaman tercagar atau tidak tercagar yang disenaraikan di pasaran sekunder.




WARAN DAN HAK LANGGANAN BOLEH PINDAH (TSR)

Hak Langganan Boleh Pindah (TSR) atau kini lebih dikenali sebagai waran, memberi pemegangnya hak tetapi bukan kewajipan, untuk melanggan saham biasa baru pada harga kuat kuasa yang telah ditetapkan dalam tempoh masa tertentu. Perlu diingat bahwa waran tidak bernilai lagi selepas tempoh masa yang ditetapkan.

Apabila membeli waran, bayaran yang boleh dijelaskan biasanya lebih rendah daripada harga saham atau aset pendasar yang diliputinya, justeru ia tidak memerlukan modal yang tinggi berbanding membeli saham atau aset pendasar daripada pasaran secara langsung. Oleh itu, waran memberi andan hak untuk membeli instrument dasar pada harga yang telah dipersetujui dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Misalnya, jika anda membeli waran untuk saham sebuah syarikat, anda lebih dahulu dikehendaki membayar harga waran (misalnya RM0.50 satu unit), yang biasanya lebih rendah daripada harga saham. Dalam tempoh yang telah ditetapkan, waran memberi anda hak untuk melanggan saham pada harga kuat kuasa yang ditetapkan, misalnya RM2 bagi setiap saham. Jika harga pasaran saham itu naik melebihi RM2, anda boleh membiat keputusan untuk menguatkuasakan hak anda dengan membeli saham pada harga yang dipersetujui iaitu RM2.

Sekiranya keadaan yang sebaliknya berlaku, iaitu harga aset pendasar atau saham seperti yang terdapat dalam contoh di atas jatuh bawah paras RM2, anda boleh membuat kputusan untuk tidak menguatkuasakan hak anda untuk melanggan saham tersebut pada harga RM2 kerana ianya tidak lagi menguntungkan. Is tidak lagi menarik kerana anda boleh membelinya di pasaran dengan harga yang lebih rendah. (Contoh yang diberi di atas hanyalah sebagai gambaran dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan untuk membeli atau menjual waran)

Ingatlah bahawa waran tidak bernilai lagi selepas tamat tempoh pelaksanaan yang ditetapkan.

KONTRAK HADAPAN, NIAGA HADAPAN DAN OPSYEN.

Kontrak hadapan, niaga hadapan dan opsyen adalah instrument asas terbitan derivatif yang juga aset kewangan yang nilainya bergantung kepada nilai asst pendasar seperti saham biasa, bon, mata wang atau komoditi (contohnya minyakmkelapa sawit mentah, getah, koko dan tin). Kontrak hadapan, niaga hadapan dan opsyen digunakan untuk mengurus risiko atau perlindungan nilai pelaburan papa pelabur berdasarkan kepada jangkaan arah pasaran pada masa hadapan.

Terdapat juga speculator yang mementingkan keuntungan dan sanggup membeli kontrak niaga hadapan pada harga yang rendah dan kemudian menjualnya pada harga yang tinggi. Spekulator merupakan peserta pasaran yang penting kerana ia dapat memberikan kecairan kepada pasaran dan peluang untuk dagangan yang berterusan.

Tahap risiko dan liabiliti kewangan yang terlibat dalam opsyen dagangan dan kontrak niaga hadapan harus difahami dengan jelas dan sepenuhnya sebelum melibatkan diri dalam pelaburan-pelaburan ini. Agak rumit untuk memberi penjelasan terperinci mengenai instrument-instrumen tersebut dalam buku kecil ini. Hanya penjelasan ringkas sahaja dapat di berikan di sini.

Apabila persetujuan telah dibuat antara dua pihak untuk membeli atau menjual sesuatu asset pada harga yang telah dipersetujui dan pada satu tarikh yang ditetapkan, keadaan ini diistilah sebagai kontrak hadapan. Contohnya, pengusaha sebuah kilang penapis minyak kelapa sawit mentah memerlukan 1,000 tan minyak kelapsa sawit mentah dalam masa enam bulan. Dia akan mendapatkan seorang pengeluar minyak kelapa sawit yang bersetuju menjual 1,000 tan minyak kelapa sawit pada harga dan tarikh tertentu yang telah ditetapkan, dalam masa enam bulan akan datang. Perjanjian seperti itu dimeterai oleh dua pihak merupakan satu bentuk kontrak hadapan.

Oleh yang demikian, kontrak hadpaan adalah kontrak yang tidak diseragamkan, iaitu selagi harga dan tarikh tertentu dipersetujui kedua-dua pihak, mereka boleh mewujudkan kontrak hadapan sendiri untuk apa sahaja jenis komoditi. Urus niaga persendirian yang diatur seumpama itu dilakukan atas kaunter (over the counter atau OTC) berbanding dengan pembelian dan penjulan kontrak niaga hadapan di bursa.

Kontrak niaga hadapan sama seperti kontrak hadapan kerana kedua-duanya merupakan persetujuan antara pembeli dan penjual untuk menukar sejumlah wang tunai yang ditetapkan untuk sesuatu aset pada tarikh akan datang. Bagaimanapun, berbeza dengan kontrak hadapan, kontrak niaga hadapan didagangkan di bursa dan perjanjian ini diseragamkan dengan spesifikasi kontrak yang mencatatkan dengan jelas jumlah dan kualiti barangan yang akan dibeli atau dijual, pada harga yang telah ditetapkan, pada tarikh akan datang yang juga telah ditetapkan. Kontrak seperti ini tidak diatur secara persendirian sebaliknya diumumkan kepada awam bagi membolehkan ssiapa sahaja turut serta dalam urus niaga.




Setiap kontrak niaga hadapan mempunyai tarikh tamat tempoh iaitu pada hari terakhir urusniaga dalam bulan kontrak tertentu. Pada hari tersebut, sebarang kedudukan niaga hadapan yang terbuka (yakni belum lagi ditutup paksa oleh urus niaga bertentangan) akan dipaksa membuat penghantaran fizikal atau penyelesaian tunai. Selepas tarikh tamat tempoh, kontrak niaga hadapan tidak wujud lagi.

Tujuan utama dagangan niaga hadapan biasanya bukanlah untuk membeli atau menjual barangan fizikal atau instrument kewangan tetapi adalah untuk menguruskan risiko harga. Kebanyakan pedagang, tidak kira sama ada speculator atau pelindung nilai akan menutup paksa kontrak mereka dengan mengambil tindakan bertentangan apabila mereka berpendapat masanya sesuai. Jika seseorang pedagang telah membeli kontrak niaga hadapan, dia akan menjualnya untuk penutupan paksa. Oleh itu, pasaran niaga hadapan bertindak sebagai mekanisme pemindahan risiko yang membolehkan pedagang yang terdedah kepada risiko ini memindahkan risiko tersebut kepada orang lain.

Opsyen adalah kontrak antara dua pihak di mana satu pihak (pembeli) mempunyai hak tetapi tidak berkewajipan untuk membeli atau menjual asset tertentu pada harga tertentu, pada atau sebelum waktu tertentu daripada pihak satu lagi (penjual)
Oleh yang demikian, penjual opsyen mempunyai liability kontigen atau satu kewajipan yang akan diaktikan jika pembeli melaksanakan haknya. Waran merupakan satu bentuk opsyen panggilan.

Terdapat dua jenis opsyen iaitu opsyen gaya Amerika atau opsyen gaya Eropah :

 Opsyen gaya Amerika boleh dikuatkuasakan oleh pembeli pada bile-bila masa daripada tarikh pembelian sehingga (dan termasuk) tarikh tamat tempoh.

 Opsyen gaya Eropah boleh dikuatkuasakan oleh pembeli hanya pada tarikh tamat tempoh yang telah ditetapkan.

Di Malaysia, Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) sedang merancang untuk melancarkan opsyen Indeks Komposit Bursa Saham kuala Lumpur (BSKL) sebelum akhir tahun 2000. Opsyen indeks saham akan diniagakan mengikut opsyen gaya Eropah.

Ciri penting ialah pembeli opsyen tidak diwajibkan untuk menyempurnakan urus niaga dan akan hanya berbuat demikian jika perubahan yang berlaku pada harga instrument pendasar menguntungkan. Pembeli opsyen dilindungi daripada pergerakan pasaran yang tidak menentu namun masih berupaya meraih keuntungan daripada pergerakan yang memihak kepada pembeli.

AMANAH SAHAM

Sejak beberapa tahun lalu, unit amanah saham semakin diterima dan semakin dikenali. Oleh itu, beberapa muka surat dalam buku kecil ini memberi tumpuan kepada pelaburan unit amanah.

Tabung Amanah Saham adalah satu skim pelaburan yang mengumpul wang daripada sejumlah besar pelabur yang berkongsi objektif kewangan yang sama. Dana ini kemudioan diuruskan oleh sekumpulan pengurus professional yang melaburkan wang yang terkumpul ke dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon, dan instrument pasaran wang atau lain-lain sekuriti dibenarkan untuk mencapai objektif dana.

Jumlah asset dana akan menentukan nilai dana atau harga yang perlu dijelaskan oleh pemegang unit atau jumlah yang bakal diterima apabila amanah saham itu dijual. Dana tersebut memperoleh pendapatan daripada pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada semua pemegang unit mengikut unit yang mereka miliki, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Ada tiga sumber maklumat yang harus anda teliti ketika mahu memilih dana. Dokumen-dokumen ini termasuk Prospektus dana, Surat Ikatan Amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.

Sebagai pelabur, anda harus mempertimbangkan factor-faktor berikut ketika memilih dana :

 Objektif pelaburan
 Polisi pelaburan seperti jenis-jenis pelaburan dibenarkan dan strategi
 Saiz dana dan aliran pertumbuhan
 Sebarang sekatan pelaburan
 Potensi risiko
 Jnis-jenis dan jumlah yuran
 Prestasi lepas, terutama sekali pengagihan pendapatan kepada pelabur-pelabur dan pertumbuhan asset
 Portfolio pelaburan yang terkini
 Maklumat berkenan lembaga pengarah, pasukan pengurusan utama, juruaudit dan pemegang amanah.

Kelebihan melabur dalam amanah saham

Kepelbagaian

Pelabur-pelabur dalam amanah saham berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan wang yang terhad, pelabur persendirian hanya mampu membeli unit saham yang kecil dan saham beberapa buah syarikat sahaja. Tetapi sekiranya wang tersebut dikumpulkan dengan wang pelabur lain, ia boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat. Kerugian yang ditanggung oleh beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan yang diperolehi daripada kaunter lain. Oleh demikian, risiko dapat dikurangkan, malahan risiko yang ditanggung oleh pelabur juga akan terus berkurangan jika pelabur itu membuat pelaburan dalam beberpa danan dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

Mudah Tunai

Pembelian dan penjualan amanah saham lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan pada masa itu.

Pengurusan professional yang berterusan.

Amanah saham diuruskan oleh kumpulan professional berpengalaman yang menguruskan dana mengikut cara yang tersusun dan terautr berbnding dengan pelabur individu yangmungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdsarkan penyelidikan mluas dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

Peluang memiliki asset kewangan lebih luas.

Penguruus dana amanah saham boleh menukar beli produk pekaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan korporat yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sesetengah daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar , dan ini membataskan kemampuan pelabur individu walaupun pelabur individu diberikan peluang tersebut.

Memahami risiko dan kos yang dikaitkan dengan amanah saham

Memandangkan amanah saham dilaburkan dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Kepelbagaian dapat mengurangkan risiko, namun tidak dapat menghapuskanya sama sekali. Harga amanah saham akan naik dan turun, dividen mungkin akan dibayar atau mungkin juga tidak, anda mungkin akan menanggung kerugian atau mendapat keuntungan ketika menjual amanah saham anda.

Anda perlu ingt bahawa rekod prestasi dana boleh dijadikan panduan kepada prestasi akan datang tetapi ia bukanlah satu jaminan. Dana yang telah mempamerkan kecemerlangan pada masa lalu mungkin tidak akan berbuat demikian pada masa akan datang. Melabur dalam amanah saham boleh memberi pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan simpanan bank tetapi risikonya juga lebih tinggi.

Pelabur juga akan dikenakan beberapa bayaran. Oleh itu adalah penting anda mengkaji pelbagai yuran yang akan dikenakan kepada anda oleh pengurus dana. Syarikat-syarikat pengurusan dibenarkan mengenakan tiga jenis yuran :

• Bayaran perkhidmatan awal – biasanya bayaran ini akan dimasukkan dalam harga jualan dana.
• Yuran pembelian semula – bayaran ini boleh dimasukkan dalam harga pembelian dana.
• Yuran pengurusan – mewakili yuran syarikat pengurusan kerana mentadbir dana dan dituntut terus daripada dana.

Jenis-jenis amanah saham

Amanah saham dianggap sebagai instrument yang baik untuk perancangan kewangan sederhana hingga jangka panjang. Bagaimanapun, amat penting memilih dana bersesuaian bergantung kepada profil risiko dan objektif pelaburan anda. Di sini senaraikan kebanyakan jenis amanah berbeza yang ada di pasaran pada masa ini :

Jenis-jenis Amanah Saham

Dana pendapatan : Melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang menghasilkan dividen besar dengan tujuan akan mendapat kebanyakan daripada pulangan. Sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan sedikit pertumbuhan dengan risiko yang rendah.

Dana pertumbuhan modal : Plaburan utama dalam saham dengan harapan akan memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka msa yang panjang (yakni melalui harga unit yang lebih tinggi). Paling diminati oleh pelabur yang suka risiko tinggi dan berminat terhadap pengumpulan modal.

Dana terimbang : Cuba mencapai tiga objektif : Pendapatan, naik nilai sederhana dan pemeliharaan modal. Pelaburan dibnuat dalam pelbagai kategori asset yang merangkumi saham, sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai . Kepelbagaian yang baik dans esuai untuk pelabur yang mencari pelaburan selamat di mana risikonya lebih rendah dan menghasilkan pulangan yang sederhana.

Dana indeks : Melabur dalam sejmlah besar saham yang menjejaki indeks pasaran saham terpilih.

Dana bon : Melabur hanya dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon dan instrument pasaran wang jangka pendek. Semua dana bon tertakluk kepada risiko kadar faedah dan kebanyakkan pula tertakluk kepada risiko kredit atau risiko mungkir penerbit sekuriti.

Dana pasaran wang : Melabur hanya dalam instrument pasaran wang jangka pendek seperti bil perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan penerimaan jurubank, dengan tempoh kematangan kurang daripada 90 hari. Memandangkan dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang, pulangan yang diterima pada amnya lebih menarik jika dibandingkan dengan deposit simpanan.

Dana Islam : Diuruskan berlandaskan prinsip-prinsip syariah; pelaburan dibuat salam saham dan sekuriti pendapatan tetap dan tidak merangkumi saham yang tidak ‘halal’ dan instrumen pasaran wang yang berfaedah.

Dana negeri : Diuruskan oleh perbadanan pembangunan negeri untuk pelabur dan negeri masing-masing.


BAHAGIAN II
PERANCANGAN KEWANGAN

• NILAI KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA
• SEDIAKAN PELAN KEWANGAN ANDA SENDIRI
• MEMAHAMI RISIKO PELABURAN
• PELBAGAIKAN PELABURAN ANDA
• PROFIL RISIKO ANDA
• PEMIKIRAN YANG RASIONAL
• AWASI PELABURAN ANDA
• MELABUR DENGAN BIJAK :
YANG JANGAN DAN YANG MESTI DILAKUKAN
• BERWASPADA DENGAN BEBERAPA PERATURAN DAGANGAN

BAHAGIAN II – PERANCANGAN KEWANGAN

NILAI KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA

Sebelum memulakan sebarang rancangan untuk membuat pelaburan, anda perlu terlebih dahulu menilai kedudukan kewangan anda, dan menentukan berapa banyak yang anda boleh ketepikan untuk membuat pelaburan iaitu sebagai satu cara menambah simpana tunai anda. Oleh itu, anda harus mempertimbangkan soalan-soalan berikut :

• Berapakah pendapatan semasa anda?
• Berapa banyak wang simpanan anda?
• Berapa banyak boleh anda simpan pada setiap bulan?
• Apa tujuan anda menyimpa wang?
• Apakah asset cair yang anda miliki umpamanya simpanan atau saham?
• Apakah asset tetap yang anda miliki umpamanya rumah atau rumah kedai?
• Apakah pinjaman yang telah anda ambil dan berapa banyak faedah atau bayaran pokok yang anda kena bayar balik?

Amat penting menilai kedudukan kewangan semasa anda dengan jujur, tahu di mana kedudukan anda seelum membuat keputusan arah tuju masa depan. Senaraikan data kuantitatif anda, umpamnya pendapatan dan nilai pelaburan semasa serta data kualitatif seperti keutamaan dan matlamat gaya hidup.

Selepas menilai kedudukan kewangan semasa, anda bolehlah menetapkan matlamat dan menentukan sama ada anda mahu menyimpan wang untuk membeli sebuah rumah dalam masa tiga hingga 5 tahun akan datang atau mengumpul kekayaan untuk persediaan ketika bersara. Atau mungkin untuk menunaikan fardu haji ataupun pendidikan tinggi anak-anak dalam masa lima hingga 10 tahun lagi.

SEDIAKAN PELAN KEWANGAN SENDIRI

Perancangan kewangan adalah satu proses di mana pelabur individu menilai matlamat dan kedudukan kewangan sendiri untuk menyediakan dan melaksanakan sesuatu pelan kewangan. Pelan kewangan membabitkan keputusan sama ada “hendak melabur atau tidak melabur” atau “hendak membuat pelaburan dalam apa atau tidak membuat pelaburan dalam apa”. Ini pula bukanlah sesuatu yang static tetapi proses berterusan. Setelah membuat penetapan, anda perlu mengawasi pelan kewangan supaya ia boleh menyerpa perubahan dalam matlamat peribadi anda, persekitaran ekonomi dan maklumat baru yang diterima. Ia adalah satu proses berterusan yang mengaitkan kedudukan kewangan peribadi dengan objektif kewangan anda sambil mengambil kira persekitaran kewangan yang sentiasa berubah-ubah.




Objektif kewangan anda mungkin merangkumi, antara lain :
• Menghasilkan tahap pendapatan yang dikehendaki
• Mengekalkan atau meningkatkan kuasa pembelian asset.
• Mewujudkan tahap risiko yang boleh diterima
• Mencapai tahap kecairan dan kelenturan yang sesuai.
• Mencapai tahap terjamin dan berdikari yang memadai untuk masa kini dan akan datang
• Memaksimumkan pulangan dalam tempoh tertentu
• Mewujudkan jadual waktu yang sesuai untuk melabur, tempoh memegang sesuatu pelaburan itu dan melepaskan pelaburan.

MEMAHAMI RISIKO PELABURAN

Sebelum berasa puas hati dan melaksanakan pelan kewangan anda, ada satu lagi prinsip asas yang perlu sentiasa diinga iaitu lebih tinggi pulangan yang diperoleh daripada pelaburan, lebih tinggi risiko yang ada.

Ini adalah prinsip asas pelaburan; balasan risiko seimbang yang dikaitkan secara langsung dengan setiap keputusan pelaburan yang anda buat. Lebih tinggi risiko yang ditanggung, lebih banyak ganjaran yang diperoleh. Sebaliknya pula juga benar!

Amnya, ada tiga jenis risiko pelaburan :

• Risiko pasaran am – risiko kepada pelaburan yang bergantung kepada keadaan ekonomi dan pasaran antarabangsa. Risiko seperti ini sukar dikawal.
• Risiko sector pasaran – Berkaitan dengan sector pasaran tertentu, misalnya, prestasi saham kewangan lebih baik berbanding saham perladangan. Atau saham hartanah memberi pulangan yang lebih baik berbanding saham tenaga.
• Risiko Khusus – Berkaitan prestasi sekuriti atau harta benda tertentu dalam portfolio pelaburan, misalny, prestasi saham syarikat tertentu dipengaruhi oleh keadaan dalam syarikat berkenaan. Risiko satu pelaburan tidak berjaya berbanding yang lain boleh dikurangkan dengan membuat penyiasatan dan penyelidikan rapi sebelum anda membuat pelaburan, dan ia perlu sentiasa diawasi.

Untuk menangani ketiga-tiga risiko pelaburan tersebut adalah wajar jika anda memastikan asset anda dipelbagaikan.

PELBAGAIKAN PELABURAN ANDA

Elak melaburkan semua wang anda dalam satu jenis pelaburan kerana bukanmudah meramalkan arah pasaran. Misalnya, jika semua simpana anda terikat dam pasaran saham, alangkah malang jika sekali anda memerlukan wang tunai denagn segera ketika kegawatan ekonomi berlaku sedangkan pasaran saham mengalami kejatuhan.

Atau anda meletakkan semua wang anda dalam satu sector pasaran saham, misalnya dalam sector hartanah atau kewangan, dan kemudian terpaksa menanggung kemerosotan sector-sekor tersebut sementara sector yang lain berkembang pesat.

Oleh itu amat penting anda mempelbagaikan pelaburan dengan memiliki pelbagai jenis asset dalam pelbagai produk pelaburan yang terdiri daripada pelbagai sector. Melalui pempelbagaian, anda mengurangkan risiko kerugian modal dan kemungkinan pulangan yang lebih baik, lebih konsisten, dalam jangka masa yang lebih lama.

Pelbagaikan pelaburan anda untuk mengurangkan risiko. Mana-mana pelaburan yang tidak menunjukkan prestasi baik boleh diimbangi oleh pelaburan yang berprestasi lebih baik. Elakkan kepelbagaian yang berlebihan kerana pendekatan ini boleh menyebabkan pulangan berkurangan. Lagi pun, sukar mengawasi pelaburan jika portfolio anda terlalu meluas.

PROFIL RISIKO ANDA.

Jenis pelaburan yang dipilih, dan setinggi mana risiko yang sanggup diterima bergantung kepada profil risiko anda. Sama ada anda mampu mengambil risiko dan sejauh mana kesanggupan untuk menerima risiko adalah persoalan subjektif. Ia bergantung kepada sama ada kedudukan kewangan anda benar-benar terjamin untuk mengambil kesempatan dalam dunia pelaburan, dan sejauh mana anda selesa menerima risiko kewangan.

Pendek kata, jumlah risiko yang harus anda terima bergantung pula kepada taraf kehidupan anda, nilai bersih harta dan simpanan yang anda miliki, pendapatan semasa, potensi pendapatan dan tuntutan kewangan yang anda tanggung. Gabungkan kesemua ini dengan segala tuntutan yang perlu di tanggung dan harapan daripadanya serta matlamat kewangan yang anda harap untuk dicapai dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang.

Disenaraikan di sini beberapa contoh profil risiko dan jenis pelaburan yang telah dipadankan dengan personality dan objektif




Profil pelabur Jenis pelaburan

Amat konservatif Sekuriti kerajaan, sekuriti yang dijamin oleh bank, sekuriti amanah.

Konsevatif Semata-mata pelaburan pendapatan, debenture, bon korporat, produk
Insurans yang tertentu.

Kelompok pertengahan Harta tanpa hutang, saham, pelaburan yang berkait dengan amanah
(dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburan antarabangsa.

Spekulatif Opsyen, niaga hadapan, lukisan atau koleksi berharga.

Ciri-ciri terdapat dalam jadual diatas hanyalah satu petunjuk. Utuk lebih tepat, lain-lain cirri dan factor juga perlu diambil kira. Sesetengah orang mungkin tidak setuju langsung dengan kategori pelaburan yang telah dipadankan dengan profil risiko. Selain itu, mungkin juga berlaku pertindihan dalam cirri/factor.

PEMIKIRAN YANG RASIONAL

Menaiki kereta api yang betul dan apda masa yang tepat amat penting jika mahu sampai ke destinasi yang hendak dituju dalam tempohmasa yang ditetapkan. Sesuatu keputusan untuk membuat pelaburan lebih mudah disebut daripada dilakukan, apalagi sudah menjadi sifat semula jadi manusia suka mengikut rentak ramai. Kita perlu disiplin untuk mengatasi emosi dan berfikir secara rasional. Harus juga diingat bahawa dalam apa sahaja pelaburan, terdapat ketika di mana keadaan tidak menentu akan menyebabkan berlakunya penyimpangan jangka pendek. Oleh itu, anda perlu tabah dan pegang pelaburan anda untuk tempoh yang lebih lama supaya dapat mengimbangi turun naik harga dalam tempoh jangka pendek.

Elak bertindak kerana khabar angina. Kerap kali terdengar desas-desus mengenai harga saham-saham tertentu akan naik dan ramailah berebut-rebut membeli saham tersebut sehingga mendorong harganya melonjak naik. Langkah pembelian tinggi menyebabkan harga saham naik dan membolehkan pihak yang memulakan khabar angin itu mengambil kesempatan untuk menjual saham-saham mereka pada harga yang lebih tinggi apabila nilainya jatuh kerana penjualan mendadak/berterusan.

Oleh itu, periksa dengan teliti semua maklumat dan bertindak hanya setelah berfikir dengan rasional.

AWASI PELABURAN ANDA

Tidak kira betapa bagus pelan kewangan yang disediakan dan berjaya pula dilaksanakan pada masa lalu, ia tidak kekal dan static. Undang-undang dan peraturan sentiasa berubah, persekitaran ekonomi sentiasa bergerak, kesan pasaran domestic dan antarabangsa memerlukan anda sentiasa mengkaji semula pelaburan anda untuk memastikan strategi pelaburan yang sedia ada masih relevan dengan objektif dan matlamat kewangan anda.

Berapa kerap anda harus menyemak dan menilai prestasi pelaburan bergantung kepada saiz dan jangka masa pelaburan. Ia bergantung juga kepada strategi pelaburan anda dan juga sama ada anda telah memilih pelaburan berisiko rendah atau berisiko tinggi.

Menilai Prestasi

Mengawasi pelaburan anda hendaklah menjadi satu proses yang berterusan dan dinamik. Anda harus sentiasa waspada tentang perubahan keadaan dan sekatan-sekatan yang dihadapi, memahami perubahan-perubahan yang berlaku dalam pasaran modal dan bagaimana ia berkait rapat dengan anda. Selin itu, anda harus sentiasa sedar kedudukan ekonomi Negara dan prestasi syarikat yang sahamnya anda miliki, untuk memastikan sama ada anda perlu menyusun semula strategi pelaburan.

Sekiranya anda mempunyai saham, awasi prestasi syarikat dengan memantau :

• Keuntungan
• Pertumbuhan pendapatan
• Sumbangan keuntungan mengikut segmen
• Dividen
• Hutang

Sentiasa baca pengumuman syarikat, surat pekeliling pemegang saham, laporan tahunan dan interim dan tumpukan perhatian kepada tarikh tutup hak, waran, pengambilalihan, perolehan, laporan juruaudit dan kepentingan pengarah.


Anda juga harus menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan untuk mengetahui bagaiman syarikat ditadbirkan dan untuk mengukur prospek perniagaannya.

Jumlah Pendapatan, Pulangan Pendapatan dan Pertumbuhan Modal

Prestasi pelaburan anda harus diukur melalui jumlah pendapatan yang diperoleh. Jumlah pendapatan merangkumi pendapatan dividen dicampur untung modal setelah menjual pelaburan anda. Untuk mendapatkan peratus pulangan, bahagi jumlah pulangan dengan kos pelaburan dan darab dengan 100. Konsep ini amat penting apabila mahu membuat penilaian ntuk melihat prestasi pelaburan anda. Jangan melihat pendapatan daripada dividen sahaja sebagai pengukur prestasi.

Pulangan pendapatan daripada pelaburan adalah pendapatan yang dihasilkan bersamaan dengan peratus nilai pasaran pelaburan

Apabila memperkatakan tentang saham, pendapatan adalah melalui pembayaran dividen; dimana pendapatan pelaburan hutang seperti bon merupakan pembayaran faedah. Biasanya kadar hasil diukur berdasarkan tempoh 12 bulan tetapi boleh juga diukur tanpa mengambil kira jangka masa.

Cara paling lazim untuk mengira kadar hasil pelaburan adalah membahagi pendapatan yang diterima dalam tempoh 12 bulan berbanding nilai pasaran semasa. Bagaimanapun, ingat bahawa terdapat cara lain untuk mengira kadar hasil, semuanya sah dan semuanya berguna.

Pertumbuhan modal daripada pelaburan adalah kenaikan nilai sesuatu pelaburan dalam satu jangka masa. Ia tidak mengambil kira pendapatan yang diterima oleh pelabur daripada pelaburan tersebut.

Untung modal atau kerugian adalah perbezaan antara harga jualan atau wang yang ditermia setelah menjual pelaburan itu berbanding pembeliannya atau harga kosnya.

Mengawasi Amanah Saham

Untuk skim pelaburan berkelompok seperti amanah saham, anda juga patut mengawasi pengurus dana anda di segi :

• Prestasi
• Strategi
• Portfolio

Anda boleh mendapatkan maklumat berikut daripada pengurus dana :

• Prestasi pasaran pelaburan yang relevan
• Tahap turun naik berkaitan dengan pulangan
• Kadar inflasi
• Prestasi pengurus dana lain yang serupa
• Strategi yang digunakan

Anda harus ingat bahawa hasil yang diterima daripada pelaburan tertakluk kepada banyak factor rambang dan maklumat prestasi jangka pendek tidak semestinya ukuran tepat tentang kemahiran pengurus dana anda. Pengurus dana diukur berdasarkan perkhidmatan yang mereka sediakan, yakni prestasi dan laporan. Anda perlu tanya sama ada apa yang diharapkan daripada pulangan telah dipenuhi. Adakah pengurus dana telah melakukan apa yang anda harapkan, misalnya membeli saham selaras dengan strategi dan mandat yang telah dibincangkan? Sebagai langkah permulaan, pastikan yang anda berurusan dengan wakil dan ejen yang bertauliah

MELABUR DENGAN BIJAK: YANG JANGAN DAN YANG MESTI DILAKUKAN

• Jangan membeli pelaburan yang ditawarkan melalui penggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali atau membenarkan jurujual mendesak anda membeli pelaburan. Minta maklumat secara bertulis sebelum membuat keputusan.
• Jangan membuat pelaburan dalam sesuatu yang anda tidak fahami. Dapatkan nasihat pakar.
• Jangan andaikan bahawa pihak yang memberi anda nasihat itu adil
• Jangan tulis cek atas nama penasihat
• Jangan buat pelaburan sehingga anda telah membaca prospectus dan semua maklumat mengenai pelaburan tersebut.
• Mesti berwaspada apabila dijanjikan keuntungan dalam masa singkat atau pulangan yang agak tinggi. Pulangan tinggi biasanya bermakna risiko tinggi
• Mesti mempertimbangkan sikap anda terhadap risiko. Pelaburan yang berlainan mempunyai tahap risiko yang berbeza. Bolehkah anda bertahan sekiranya pelaburan anda jatuh dalam jangka masa pendek?
• Mesti membuat pertimbangan apa yang mahu dicapai. Adakah anda sedang berusaha untuk bergerak serentak dengan inflasi atau mencari pertumbuhan segera? Berapa lama anda sanggupmembiarkan wang anda terikat dalam pelaburan?
• Metsi teliti bayaran yang dikenakan. Adakah ia berpatutan? Andakah bayaran itu sama dengan bayaran yang dikenakan oleh pihak lain?
• Mesti ingat bahawa prestasi pelaburan lalu bukan jaminan pulangan akan datang.
• Mesti ingat bahawa melabur dengan wang jaminan boleh menimbulkan risiko yang lebih tinggi.
• Mesti minta resit dan simpan semua kertas kerja dan surat menyurat mengenai pelaburan anda di tempat selamat.
• Mesti sentiasa mengawasi pelaburan anda.

BERWASPADA DENGAN BEBERAPA PERATURAN DAGANGAN

Membeli dan Menjual Saham

Aduan yang diterima oleh SC menunjukkan bahawa ramai pelabur tidak sedar mengenai Peraturan Sistem Penghantaran dan Penyelesaian Tetap (Fixed Delivery and Settlement System atau FDSS). Ketika diwujudkan, peraturan ini bertujuan untuk menyeragamkan tempoh penghantaran skrip dan penyelesaian harga.

Secara tradisi, saham-saham dipegang dalam bentuk kertas yang dikenali sebagai “sijil” atau “skrip”. Kertas ini menjadi bukti bahawa anda pemilik saham. Dengan adanya nama anda tercatat pada sijil atau skrip saham, anda diiktiraf sebagai pemegang saham da berhak mengundi pada mesyuarat agung tahunan syarikat dan juga menerima laporan syarikat.

Bagaimanapun, melalui Sistem Depositori Pusat (Central Depository System atau CDS), penghantaran saham kini dikendalikan melalui catatan buku berkomputer, dan tiada lagi urus niaga menggunakan skrip. Sebaliknya, daripada masa ke semasa, anda akan menerima penyata yang hampir sama dengan penyata bank, yang akan memberitahu anda jumlah dan jenis saham yang anda miliki. Sistem berkomputer membuat penghantaran dan penjelasan saham lebih cekap dan mudah.

Membuka akaun CDS

Sebelum boleh berurus niaga dalam saham, anda terlebih dahulu harus membuka k\akaun CDS dengan syarikat broker berlesen, yang menjadi ejen depositori bertauliah yang dilantik oleh CDS. Anda juga perlu membuka akaun dagangan dengan syarikat broker. Selepas itu, barulah anda boleh membeli atau menjual saham melalui wakil peniaga atau remisier.

Membeli Saham

Pembelian saham bermula apabila arahan membeli dipadankan di pasaran. Arahan ini diberikan oleh pelanggan kepada remisier untuk membeli saham pada harga yang tertentu. Tarikh arahan membeli dikenali sebagai T. Dalam tempoh lima hari daripada T, atau daripada T hingga T+5, anda mesti menjelaskan harga pembelian saham kepada syarikat broker saham (sila ambila perhatian bahawa T+5 akan dikurangkan kepada T+3 menjelang akhir tyahun 2000). Penjelasan atau penyelesaian urus niaga dianggap sedah selesai setelah sekuriti dan dana sepadan dikreditkan dalam akaun yang sepatutnya.

Jika anda gagal menjelaskan pembayaran saham sehingga sampai tempoh T+5, syarikat broker saham akan memulakan proses penjualan atas T+6. Ini bermakna syarikat broker saham akan menjual saham yang anda telah beli tetapi gagal menjelaskan pembayarannya dan anda dikehendaki menanggung semua kerugian yang timbul ketika urus niasa. Sebaliknya, juka keuntungan daripada penjualan itu, ia akan diserahkan kepada anda. Tetapi pada dasarnya, anda tidka mempunyai kawalan atas penjualan saham.

Menjual Saham

Sama juga, apabila anda mengarahkan remisier menjual saham anda pada harga tertentu, tarikh kontrak iaitu T bermula apabila urus niaga dipadankan. Apabila sampai pada tempoh T+5, anda sepatutnya sudah menerima pembayaran daripada syarikat broker saham, hasil daripada penjualan saham.

Jika jumlah saham yang anda jual tidak mencukupi, BSKL akan melaksanakan “belian semula automatic” ke atas T+5. Ini bermakna BSKL akan membeli saham itu di pasaran pada harga yang lebih tinggi, dan anda dikehendaki menjelaskan perbezaan harga jualan dan pembelian di pasaran.

Pembelian Pada Margin

Urus niaga margin bermakna meminjam modal daripada broker untuk membolehkan pelabur membeli banyak sekuriti. Tidak dinafikan, kredit memberi pengaruh untuk mempertingkatkan potensi memperoleh keuntungan tetapi ia mesti dikawal dengan sewajarnya dan sentiasa diawasi.

Jika ekuiti dalam kaun margin jatuh bawah paras penyelenggaraan yang dikehendaki, pelabur akan meneriman pangggilan daripada broker. Jik pelabur gagal memberi sebarang tindak balas, broker boleh menjual sekuriti daripada akaun untuk menjelaskan pinjaman bagi mengekalkan peratusan margin. Berhati-hati dengan ‘perangkap’ sampingan pada dagangan margin seperti pembayaran faedah dan sifat bercagar urus niaga tersebut.

Isnin, 19 Julai 2010

MEDIA PRIMA BERHAD - UNCONDITIONAL TAKE-OVER OFFER

Reference No JM-100716-53513

Company Name:MEDIA PRIMA BERHAD

Stock Name:MEDIA

Date Announced:16/07/2010

http://announcements.bursamalaysia.com/icons/ecblank.gif

http://announcements.bursamalaysia.com/icons/ecblank.gif

http://announcements.bursamalaysia.com/icons/ecblank.gif

Subject:UNCONDITIONAL TAKE-OVER OFFER BY MEDIA PRIMA BERHAD THROUGH
CIMB INVESTMENT BANK BERHAD TO ACQUIRE ALL THE REMAINING ORDINARY SHARES OF RM1.00 EACH IN THE NEW STRAITS TIMES PRESS (MALAYSIA) BERHAD NOT ALREADY OWNED BY MEDIA PRIMA BERHAD ("MPB") ("OFFER SHARES") AT AN OFFER PRICE OF RM2.40 PER OFFER SHARE, TO BE SATISFIED BY THE ISSUANCE OF SIX (6) ORDINARY SHARES OF RM1.00 EACH IN MPB AT AN ISSUE PRICE OF RM2.00 EACH AND ONE (1) FREE WARRANT IN MPB, FOR EVERY FIVE (5) OFFER SHARES ACCEPTED ("OFFER")

Right Issue

Entitlements (Notice of Book Closure)

Reference No MI-100715-56283



Submitting Merchant Bank:MAYBANK INVESTMENT BANK BERHAD

Company Name:UNISEM (M) BERHAD

Stock Name:UNISEM

Date Announced:16/07/2010

EX-date:28/07/2010

Entitlement date:30/07/2010

Entitlement time:05:00:00 PM

Entitlement subject:Rights Issue

Entitlement description:
Renounceable rights issue of up to 168,540,346 new warrants (“Warrants”) at an issue price of RM0.10 per Warrant on the basis of one (1) new Warrant for every four (4) existing ordinary shares of RM0.50 each in Unisem (M) Berhad (“Unisem Shares”) held after the bonus issue involving 155,575,704 new Unisem Shares to be credited as fully paid-up (“Bonus Shares”) on the basis of three (3) Bonus Shares for every ten (10) existing Unisem Shares held as at 5.00 p.m. on 30 July 2010 (“Rights Issue of Warrants”)

Period of interest payment:
to
Financial Year End:31/12/2009

Share transfer book & register of members will be:
to closed from (both dates inclusive) for the purpose of determining the entitlements

Registrar's name ,address, telephone no:
Tricor Investor Services Sdn Bhd (118401-V)
(formerly known as Tenaga Koperat Sdn Bhd)
Level 17, The Gardens North Tower
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur

Tel. no. : (603) 2264 3883
Fax no. : (603) 2282 1886

Payment date:
http://announcements.bursamalaysia.com/icons/ecblank.gif
a.
http://announcements.bursamalaysia.com/icons/ecblank.gif
Securities transferred into the Depositor's Securities Account before 4:00 pm in respect of transfers:30/07/2010
http://announcements.bursamalaysia.com/icons/ecblank.gif
b.
http://announcements.bursamalaysia.com/icons/ecblank.gif
Securities deposited into the Depositor's Securities Account before 12:30 pm in respect of securities exempted from mandatory deposit:
c.
Securities bought on the Exchange on a cum entitlement basis according to the Rules of the Exchange.

Number of new shares/securities issued (units) (If applicable):
Entitlement indicator:
Ratio

Ratio:
1 : 4

Rights Issues/Offer Price:
0.1

Remarks :

The final number of the Warrants to be issued pursuant to the Rights Issue of Warrants will depend on the issued and paid-up share capital of Unisem on 30 July 2010 after the bonus issue involving 155,575,704 new Unisem Shares to be credited as fully paid-up on the basis of three (3) Bonus Shares for every ten (10) existing Unisem Shares held (“Bonus Issue”).

The Abridged Prospectus, together with the Notice of Provisional Allotment and the Rights Subscription Form (collectively referred to as “Documents”) in relation to the Rights Issue of Warrants, will be despatched on 3 August 2010 to the entitled shareholders of Unisem whose names appear in the Record of Depositors at 5.00 p.m. on 30 July 2010 (“Entitled Shareholders”) and who have a registered address in Malaysia. The Documents will also be available on Bursa Malaysia Berhad’s website (http://www.bursamalaysia.com) from 30 July 2010 onwards.

The Documents will not be despatched to the foreign Entitled Shareholders who have not provided an address in Malaysia. The foreign Entitled Shareholders, who are without a registered address in Malaysia and wish to provide a Malaysian address, should inform their respective stockbrokers to effect the change of address prior to 30 July 2010.

The last time and date for acceptance, payment and excess application for the Warrants is at 5.00 p.m. on 16 August 2010, or such later time and date as determined by the Board of Directors of Unisem at its absolute discretion and announced not less than two (2) market days before the stipulated time and date.

On even date, Unisem has also announced that the book closure date for the Bonus Issue will be at 5.00 p.m. on 30 July 2010.

This announcement is dated 16 July 2010.

Kelas Belajar Saham bersama remisierRM

Siri Seminar Jutawan Saham adalah merupakan Kelas Belajar Saham bersama remisierRM. Event yang terdekat adalah di Hotel Midah pada hari Ahad ini 25 Julai 2010. Pendaftaran jam 10 pagi dan seminar bermula jam 10.15 pagi - 5.15 petang.

Seminar Jutawan Saham... untuk mereka yg ingin menambah ilmu pelaburan... membicarakan tentang ilmu2 pelaburan yg diiktiraf di Malaysia... praktikal menggunakan financial portal... mengajar teknikal analisis melalui japanese candlestik dgn penekanan kpd konsep Dan Zanger... fundamental analisis termasuk formula ciri2 mudah untuk menilai prestasi sesebuah syarikat... termasuk pendedahan pelaburan X-traVaganza... seminar 100% dalam bahasa melayu... nota2 pelaburan yg lengkap & eksklusif... speaker adalah wakil peniaga saham yang sah dilesenkan oleh suruhanjaya sekuriti dan berpengalaman melebihi 10 tahun... berusaha membimbing para peserta dari zero ke hero! dengan sesi soaljawab diteruskan melalui facebook, forum, email dsb selepas menghadiri seminar...

Sesuai untuk...
1. Mereka yang baru nak belajar melabur di Bursa Malaysia
2. Para pelabur baru kat Bursa Malaysia
3. Dah lama bermain saham di Bursa Malaysia tapi masih mengalami kerugian dan nak belajar ilmu2 teknikal dan fundamental analisis...

Tarikh Seminar: 25 Julai 2010
Hotel Midah Kuala Lumpur
Masa: 10 pagi - 5 petang
Hari: Ahad
Yuran Penyertaan: RM360 (kini PROMOSI hanya RM280 sahaja)
Cara mendaftar: sms 'daftar SJS' ke 017-6627107
Maklum balas bekas peserta: sila lawati http://remisier7rm.blogspot.com

Ahad, 18 Julai 2010

Secara keseluruhannya, harga saham di Bursa masih ditutup tinggi...

Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi secara keseluruhannya dengan aktiviti belian saham yang berharga rendah secara kecil-kecilan memberi tanggapan bahawa para pelabur menyambut baik program kewajaran dari subsidi kerajaan.

Pada akhir sesi petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 2.57 mata atau 0.193 peratus lebih tinggi pada 1,336.65. Indeks utama yang dibuka 0.22 mata lebih rendah pada 1,333.86, mencatatkan paras tertinggi harian 1,336.65 mata dan paras terendah harian 1,332.68 mata.

Pada penutup, Indeks Perusahaan susut 4.45 mata kepada 2,655.03, Indeks Perladangan turun 9.88 mata kepada 6,289.5 namun Indeks Kewangan melonjak 51.931 mata kepada 12,100.61.

Indeks FBM Emas meningkat 29.02 mata kepada 9,048.43, Indeks FBM70 menokok 23.71 mata kepada 9,085.5 namun Indeks FBM Ace turun 1.71 mata kepada 3,764.61.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 476 berbanding 206 manakala 263 kaunter tidak berubah, 423 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 793.61 juta saham bernilai RM1.196 bilion, berbanding 619.65 juta saham bernilai RM1.128 bilion.

Saham paling untung, Cycle & Carriage Bintang, melonjak 61 sen kepada RM7.10, Scomi Engineering menambah 36 sen kepada RM1.51 dan Bina Puri Holdings menokok 31 sen pada RM1.42.Saham aktif, Time Engineering menambah 4.5 sen kepada 45.5 sen, Time Dotcom menokok 2.5 sen kepada 54.5 sen dan Scomi Group meningkat dua sen kepada 41 sen.Kira-kira 11.987 juta saham diniagakan.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 702.001 juta saham bernilai RM1.177 bilion, berbanding 576.92 juta saham bernilai RM1.121 bilion, yang direkodkan semalam.

Perolehan dagangan di Pasaran Ace meningkat kepada 30.809 juta saham bernilai RM4.143 juta, berbanding 20.992 juta unit bernilai RM2.764 juta pada Khamis.Waran melonjak kepada 54.518 juta saham bernilai RM10.01 juta berbanding 19.406 juta saham bernilai RM2.481 juta pada Khamis.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 54.761 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan industri 150.425 juta, pembinaan 52.487 juta, perdagangan dan perkhidmatan 238.968 juta, teknologi 26.52 juta, infrastruktur 39.658 juta, kewangan 37.977 juta, hotel 995,600, hartanah 63.654 juta, perladangan 17.989 juta, perlombongan 2,000, REIT 18.512 juta dan dana tertutup 53,300.